Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Keunikan Bunga Rafflesia di Lata Jarum Tarik Perhatian

By 26 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Emran Ismail/Persatuan Malim Gunung Daerah Raub

RAUB, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Tidak semua pengunjung berpeluang untuk melihat kecantikan bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai bunga pakma yang tumbuh di Hutan Rekreasi Lata Jarum, Raub.

Hal ini kerana bunga Rafflesia yang terdapat di sini mengambil masa selama setahun untuk berkembang dan dikatakan mengembang sekitar bulan Mac.

Penolong Pegawai Pemelihara Pejabat Hutan Daerah Raub, Muhd Shafirul Shahwal Suhaimi berkata, pengunjung yang berminat untuk melihat Rafflesia dengan lebih dekat lagi boleh memohon permit memasuki hutan simpan melalui laman sesawang Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

“Bayaran sebanyak RM10 seorang akan dikenakan kepada pengunjung,” katanya.

Pengunjung yang berhasrat untuk datang ke sini juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat malim gunung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

-ZS-

Tinggalkan komen anda