Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

61 Penduduk Gembira Terima Tanah dan Kediaman KEDA

By 31 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 61 penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh gembira menandatangi borang pemerolehan hak milik kediaman dan tanah KEDA dalam Majlis Penyaksian Proses Pindah Milik kepada penduduk Desa KEDA bukit Tukang Jusoh, di sini hari ini.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Muda, Shuhaime Abd. Rahman, Pejabat Daerah melalui Pejabat Tanah bersama KEDA telah mempercepatkan proses pemberian geran kepada penduduk KEDA  Bukit Tukang Jusoh yang telah mereka duduki semenjak 18 tahun yang lalu.

“Adalah menjadi tanggungjawab pemilik kediaman dan tanah selepas ini bagi menjaga hak milik yang mereka perolehi demi masa depan anak cucu mereka kelak,” ujarnya lagi.

“Kami sudah lama memohon untuk mendapatkan sejak tahun 2004 lagi, hari ini impian kami menjadi kenyataan,” ujar seorang penduduk Abu Hassan Ahmad, 75, ketika ditemui.

Turut hadir Pengurus Besar KEDA Kamarudin Abd. Akil dan Timbalan Speaker DUN Kedah merangkap ADUN pantai Merdeka, Ust. Fadzli Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda