Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil/FB JPS Perak (Kuala Kangsar)
KARAI, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Kutip Sampah Sambil Riadah atau nama singkatanya KUDAH adalah aktiviti baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dalam menjadikan aktiviti riadah lebih bermanfaat disamping memelihara kawasan persekitaran bebas daripada sampah sarap.
Menurut Pengarah JPS Negeri Perak, Ir. Baharuddin Abdullah, aktiviti seumpama ini dirangka sebagai satu aktiviti riadah yang sihat disamping memupuk rakyat Malaysia supaya dapat menjaga seterusnya memulihara persisiran sungai agar kawasan tersebut dapat dijadikan tempat aktiviti kepada komuniti setempat, katanya semalam dalam Program Sambutan Hari Air Sedunia dan Jelajah Denai Sungai yang berlangsung di sini.
-ZS-