Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

LPPKN: Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Santuni Keluarga Orang Asli

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Noramin Idris (Perak Tengah)

BELANJA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia 2022 di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memilih untuk menyantuni masyarakat di perkampungan Orang Asli di sekitar daerah Perak Tengah pada siri kali ini.

“Menerusi program ini, pelbagai aktiviti dan pengisian telah dirangka bagi mendekati masyarakat Orang Asli agar lebih cakna dan peka dengan pendidikan kesihatan dan pembangunan keluarga,” ujar Nurfarhana Lee Zulkiflee Lee, Pengarah LPPKN Negeri Perak.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan klinikal seperti saringan kesihatan termasuk ujian HPV DNA serta subsidi Mamogram, pemeriksaan am kesihatan, kaunseling keluarga, pendidikan penjagaan diri wanita ketika haid dan kaedah perancangan keluarga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda