
Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)
MELAKA, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik Negeri Melaka (APPTNM) dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome (AKPO) Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2021 bertujuan mengiktiraf usaha Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang telah menunjukkan keupayaan dalam berdaya saing serta kualiti perkhidmatan pelaksanaan projek/program khususnya di Negeri Melaka.
Anugerah Johan Keseluruhan kepada agensi yang berjaya menunjukkan pretasi yang cemerlang sepanjang Tahun 2021 yang mana akan merangkul sebuah trofi Piala Pusingan, sijil dan wang tunai bernilai RM5,000.
Kerajaan Negeri Melaka terus berharap peruntukan yang lebih banyak pada tahun-tahun akan datang demi memastikan kestabilan Kerajaan Negeri Melaka lebih terjamin, merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pelancongan, sektor sosial, peluang-peluang pekerjaan, memperhebatkan inisiatif kebajikan rakyat demi kesejahteraan semua rakyat.
-ZS-