Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pemerkasaan Digital Beri Peluang Pekerjaan Buat Golongan OKU

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 31 orang golongan belia dari kategori Orang Kurang Upaya (OKU) telah menyertai Program MyCEKAP Belia: Bengkel Pemerkasaan Digital bertempat di Bilik Seminar MaGICX, Bangunan UIRL, Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

Bengkel Pemerkasaan Digital merupakan salah satu program daripada Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (CKPOKU), Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran digital belia Orang Kurang Upaya (OKU) dan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) bagi menghadapi revolusi industri 4.0 dan meningkatkan kebolehpasaran belia OKU dan Komuniti Keluarga Malaysia dalam pekerjaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda