Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Forum Pembangunan Profesionalisme Penggerak Naratif Organisasi Sekolah

By 31 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka/Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Forum Pembangunan Profesionalisme anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Kuala Selangor telah berlangsung di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa, di sini semalam.

Menurut Pengerusi MPSM Kuala Selangor Halim Omar, program ini bertujuan membangunkan potensi guru-guru khususnya gred 52 dan 54 bagi pembangunan sekolah masing-masing walaupun tidak dilantik sebagai pentadbir sekolah.

Seramai 90 orang guru terlibat dalam program ini yang diisi dengan perkongsian daripada pihak MPSM dan forum yang terdiri daripada ahli panel yang berpengalaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda