Laporan/foto: Yusmila Yusof (Sik)
SIK, 30 MAC (Malaysiaaktif) – Felda Teloi Timur telah memulakan projek padi huma pada awal Februari lalu dan dijangka menjadi tarikan terbaharu di daerah Sik.
Tanaman padi huma sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di sini.
Menurut Pengurus Felda Teloi Timur, Syed Muhamad Ridzuan Syed Muhamad Nordin, projek ini adalah hasil kerjasama dan persetujuan semua ketua-ketua blok yang ingin melihat tanaman padi huma sebagai identiti tanah rancangan ini.
“Jika projek fasa 1 ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan, kita akan meneruskan untuk fasa 2 dan fasa seterusnya dan akan menjadi tarikan pelancong pada masa akan dating,” katanya ketika membentangkan profil Felda kepada barisan juri separuh akhir Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2022, di sini semalam.
-ZS-