Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gotong-Royong Sempena Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2022

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md Nor (Besut)

BESUT, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Bersempena Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2022 Peringkat Negeri Terengganu dan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Dataran Sungai Jertih, Besut, semalam.

Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Hanizan Deraman, berkata Sambutan Hari Air Sedunia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1993.

“Sambutan acara ini diadakan bertujuan untuk memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan yang dilancarkan pada 2015 oleh PBB, iaitu bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada air bersih pada tahun 2030, menjadikan air sebagai isu utama dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar,” katanya.

Turut diadakan sesi menanam pokok oleh tetamu kehormat yang hadir sebagai tanda kenang kenangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda