Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

YBR Agih Hampir RM3 Juta Bantuan Awal Persekolahan

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM3 juta untuk bantuan awal persekolahan di seluruh negara.

Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata sumbangan berkenaan diharap mampu membantu terutama keluarga B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, bantuan itu juga dapat memberi suntikan semangat untuk para pelajar menuntut ilmu dan membantu meneruskan kehidupan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan YBR parlimen Gombak di dewan Komplek Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda