Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Dilancarkan Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Kebangsaan

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Firdaus Hassan/Mohd Salwadi Abdul Hadi (Pahang)

KUALA LIPIS, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 2000 pokok ditanam sempena Kempen Penanaman 100 juta Pokok (Penghijauan [email protected]) sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 peringkat Kebangsaan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke sambutan berkenaan.

Pra-penanaman pokok telah dijalankan pada 16 Mac lalu di Kompartmen 3, Hutan Simpan Kekal Tanum, Sungai Yu.

Pokok yang ditanam itu terdiri daripada spesies pokok daun damar dan nadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda