Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Graduan Kolej Komuniti Kini Buruan Majikan

By 20 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamamd Aizat Uzir/Kolej Komuniti Jasin

JASIN, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Graduan lepasan Kolej Komuniti kini menjadi pilihan majikan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran dalam pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts Hj Muhamad Rumzi Mamat berkata, kadar kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti pada tahun 2020 ialah 94.2 peratus dan ianya membuktikan bahawa graduan Kolej Komuniti terus menjadi buruan dan pilihan utama para majikan.

“Ini membuktikan program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti dan Politeknik adalah releven bertepatan dengan kehendak Industri. Program Pengajian yang ditawarkan juga mendapat pentauliahan dan pengiktirafan daripada badan agensi yang diperakui.

Antara faktor penyumbang kejayaan ini ialah pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bersama-sama pihak industri dan agensi melalui program-program seperti Structured Internship Programme (SIP), Reskilling, Upskilling, Cross-skilling dan Finishing School,” katanya di sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda