Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gulai Sembilang Sempoi di Kuala Juru

By 7 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Nor Haliza Ridzuan

KUALA JURU, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Sekiranya anda adalah penduduk sekitar Seberang Perai Tengah dan kawasan sekitar yang sedang mencari ‘port’ makan menarik, kami cadangkan kepada anda untuk ke Kedai Makan Zulaila yang terletak di Kampung Kuala Juru, Bukit Tengah.

Menghidangkan pelbagai menu menarik terutamanya bagi peminat kari ikan sembilang.

Waktu operasi kedai ini adalah bermula pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai menu masakan panas disajikan untuk makan tengah hari dan minum petang. Anda boleh memilih sendiri makanan laut yang ditawarkan antaranya ikan sembilang, bawal emas, ikan pari, udang atau sotong dan akan dimasak mengikut citarasa pelanggan.

Pemiliknya, Norlaila Kamarudin memaklumkan bahawa sebanyak 10kg ikan sembilang akan disediakan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda