Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hari Seniman Disambut bagi Memperingati Jasa Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Kedah telah diadakan petang semalam bertempat di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah. Menurut Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Romani Wan Salin yang turut hadir berkata, “Hari Seniman Negara diadakan pada 22 Mac setiap tahun bagi memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terhadap industri kreatif negara.”

“Karya P. Ramlee juga telah diangkat dan diperkenalkan, malahan beliau telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan pakar industri kreatif Malaysia di mata dunia,” katanya.

Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Finas Wilayah Utara, Bernama, Langkawi FM dan POS Negeri Kedah turut hadir meraikan Hari Seniman Peringkat Negeri Kedah 2022.

Persatuan Pengerak Warisan dan Budaya Kedah, Persatuan Teater Alor Setar, Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah dan Persatuan Pemuzik Kedah turut bersama-sama meraikan sambutan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda