
Laporan/foto: Senie Endin (Sarawak)
BETONG, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) komited dalam pengurusan dan rawatan bekalan air bersih untuk dinikmati oleh masyarakat daerah Betong.
Jalinan kerjasama kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan untuk projek menaik taraf pembangunan bekalan air terawat di kawasan luar bandar.
Semalam Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam lawatan kerjanya turut hadir merasmikan pejabat baharu JBALB daerah Betong yang akan menempatkan 133 orang pegawai dan kakitangan JBALB.
-ZS-