Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

MTQ Nabawan Dilaksana Secara Tertutup, Patuh SOP

By 2 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anis Hayati Tom

NABAWAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah Nabawan diadakan secara tertutup serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Dewan Pusat Komuniti Islam, di sini.

Pada majlis itu, Abdul Karim Amuka dinobatkan sebagai Johan kategori Qari manakala Nabilah Syafawati Sapari sebagai Pemenang kategori Qariah.

Kedua pemenang akan mewakili Daerah Nabawan ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Pedalaman Atas.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah, Ali Khazrai Pandin Aliudin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri N.46 Nabawan, Datuk Abdul Ghani Datuk Hj Mohd Yassin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda