Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jualan Keluarga Malaysia Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus terbela, kerajaan begitu komited melaksanakan Jualan Keluarga Malaysia di setiap daerah terutamanya di kawasan pedalaman yang jauh dari bandar.

Program ini akan diperluaskan di seluruh kawasan Parlimen dan mengikut daerah masing-masing dan diadakan dua kali sebulan serta disasarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Pelbagai barangan asas yang dijual seperti beras, gandum, gula, bahan kering dan barang basah.

Pada jualan ini juga, pelanggan ditawarkan harga barangan dengan diskaun 20 hingga 50 peratus setiap barang yang diadakan di Kampung Seberang Tepuh, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda