Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Berkenan Berangkat ke Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul

KUANTAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri Pahang ke-14, di sini hari ini.

Baginda menerusi titahnya, menyambut baik usaha memperhebat sistem perhubungan digital di negeri ini yang melibatkan pembinaan menara telekomunikasi baharu serta menaik taraf menara sedia ada dan menyediakan jalur lebar tanpa wayar di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara.

“Seharusnya menuju ke arah revolusi industri 5.0 dan pelaksanaan 5G di negara kita, saya tidak mahu Pahang ketinggalan,” titah baginda.

Baginda turut mengucapkan syukur kerana menerusi pelaburan sebanyak RM 10.5 bilion pada tahun lalu Pahang dinobatkan pada kedudukan ketiga berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda