Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Jerayawara Peringkat Negeri Pulau Pinang Meriah

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abd Ghani (Pulau Pinang)

PERMATANG PAUH,  28 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Jerayawara Peringkat Negeri Pulau Pinang  berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dewan Pintar, Taman Guar Perahu.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) diadakan selama dua hari bermula 26 Mac lalu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai peringkat umur masyarakat.

Perasmian program  disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang telah terlibat secara langsung dalam usaha ‘menghijaukan’ kawasan hotspot penagihan dadah khususnya di daerah Seberang Perai Tengah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda