Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

MTQ Platform Martabat Penghayatan Al-Quran

By 1 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin

PUTATAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) terus menjadi platform memartabatkan penghayatan terhadap Al-Quran.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Datuk Ustaz Hj. Saifulzaman Sangul berkata, ilmu pembacaan dan kefahaman terhadap Al-Quran bukan sahaja mempengaruhi kesetiaan kepada agama dan negara, malah membentuk sikap positif setiap umatnya.

Saifulzaman berkata demikian semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Putatan 1443H/2022M bertempat di Masjid Daerah Putatan pada Sabtu, 26 Februari 2022.

Pada majlis tersebut, Nashraf Ideen Nahar sebagai johan kategori Qari, manakala Dg. Saliha Hj. Pg. Ag. Salleh dinobatkan sebagai johan kategori Qariah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda