Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Peringkat Daerah Kulim

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman/Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 25 Mac (MalaysiaAktif) – Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Peringkat Daearah Kulim telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Ketua Polis Daerah Kulim, YDH Supt. Sazalee Haji Adam.

“Semua anggota Polis mestilah sedia berkhidmat dan berdiri teguh dibawah naungan panji Sang Saka Biru, untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara,” kata Ketua Polis Daerah Kulim dalam ucapan beliau.

Turut hadir kemajlis tersebut adalah Tuan Haji Abdul Bari Abdullah, Pegawai Daerah Kulim, Yang Berhormat Dato’ Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali, EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Merbau Pulas, Yang Berhormat Tuan Azman Nasruddin, EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Lunas dan Yang Berhormat Karupaiyah, Ahli Parlimen Padang Serai serta ketua-ketua jabatan dan NGO daerah Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda