Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

JKPD dan Skuad AADK Bantu Perjelas Isu Dadah

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jaitripta Kaur/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon hadir bertemu Jawatankuasa Pencegahan Dadah (JKPD) Port Dickson serta Sukarelawan AADK (SKUAD) di Pejabat AADK Port Dickson di sini, hari ini.

Sutekno berkata kewujudan JKPD serta penubuhan Skuad AADK ini adalah untuk membantu membendung isu-isu penyalahgunaan dadah serta membantu memulihkan mereka yang terjebak dengan dadah.

Katanya lagi, pelbagai program akan dijalankan dalam masa terdekat untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, terutama dadah jenis sintetik. Program-program akan dilaksanakan dengan bantu JKPD dan Skuad AADK.

-ZS-

Tinggalkan komen anda