Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusmila Yusof (Kedah)

SIK, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Semua ibubapa sibuk membuat persiapan terakhir membeli kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2022 yang akan bermula esok di seluruh negara.

Sehubungan itu, Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah turut turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang bakal melangkah ke alam persekolahan bermula esok.

Hari ini majlis pengurniaan dan sumbangan persekolahan telah diadakan di Dewan Al-Hana, Sik. Seramai 20 orang pelajar terpilih bagi menerima sumbangan tersebut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Cik Puan Besar Kedah, Tengku Hajah Haminah Hamidon. Turut hadir Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda