Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MSL Daerah Kuala Pilah Medan Cungkil Bakat Baru

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH,  27 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran Malaysia Sports League (MSL) Daerah Kuala Pilah dilihat membuka ruang untuk golongan remaja dan belia menonjolkan bakat yang terhalang oleh pandemik COVID-19 sebelum ini.

Kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kuala Pilah mengamit 16 buah  pasukan dan empat pasukan wanita yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Malah juara kejohanan ini akan dapat menunjukkan keupayaan diri dalam peringkat negeri dan kebangsaan nanti, ujar Nor Rashidi Ramzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah.

Turut hadir Mohd Syafizi bin Mohamad Yazid Penolong Pentadbir Tanah PDT Kuala Pilah yang sudi merasmikan kejohanan ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda