Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Farhana Azlin Lajis (Langkawi)
LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Kayuhan Malam sempena sambutan Earth Hour Langkawi 2022 bertempat di perkarangan Menara Maha, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata dalam ucapan perasmian, kempen tahunan Earth Hour anjuran The World Wide Fund for Nature (WWF) ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti, individu dan perniagaan mematikan lampu elektrik bukan penting selama satu jam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam pada Sabtu terakhir bulan Mac.
“Kempen anjuran LADA ini diinovasikan melalui Program Kayuhan Malam yang melibatkan penduduk Langkawi dengan tema sedunia, ‘Shape Our Future. Seramai 200 orang peserta akan membuat kayuhan sepanjang 10 km yang bermula dan berakhir di Menara Maha,” ujarnya.
-ZS-