Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang pelajar sekolah dan 60 pelajar institut pengajian tinggi seluruh daerah Kuala Pilah menerima bantuan awal persekolahan dan pengajian yang disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat, di sini semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Adnan Abu Hassan.
“Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan untuk persiapan persekolahan anak-anak mereka. Ia juga dapat mengurangkan beban pelajar yang akan melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Megat Affandi Datuk Wira Ismail.
-ZS-