Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL dan Badan Korporat Bangunkan Semula Gelanggang Sukan Ekstrem

By 4 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan dengan bantuan badan-badan korporat di pulau itu berganding bahu membangun semula gelanggang sukan ekstrem yang terletak di Tanjung Purun.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, usaha itu amat penting bagi menunjukkan kebersamaan dengan golongan belia yang terlibat dengan sukan itu.

“Kerjasama antara kerajaan dan swasta amat diperlukan terutama selepas kita mengharungi pandemik COVID-19 bagi kita mencapai kemajuan yang meluas di Labuan.

“Tempat ini akan ditransformasi agar lebih dinamik dan moden serta kita berterima kasih kepada semua yang terlibat, diharap usaha ini dapat diteruskan,”katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah pembangunan semula gelanggang itu semalam.

Tiga Badan Korporat yang akan membiayai kos pembangunan semula gelanggang itu adalah EC Investment Bank, UW Global Money Broker Firm dan Labuan FSA.

-ZS-

Tinggalkan komen anda