Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)
PARIT BUNTAR, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Rukun Tetangga (RT) Pekan Parit Buntar menjadi pusat pengumpulan bakul makanan bagi program yang di namakan RT Care.
Program ini mula diwujudkan pada awal tahun lalu bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat COVID-19 dengan pemberian bakul makanan bernilai RM50.
Penerima bakul makanan, Zaiton, 51 tahun, yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap berasa sangat bersyukur dengan bantuan tersebut kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban menjelang Ramadan ini.
-ZS-