Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Azizul Mohamed (Pahang)
MARAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Kehadiran pemidato cilik menyerikan lagi sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 peringkat Daerah Maran.
Daeng Muhamad Solahuddin Kamaruddin, 11, berkata, beliau mengambil masa selama empat hari untuk membuat persediaan berpidato sebagai tanda memperingati Hari Polis dan menghargai jasa bapanya yang merupakan anggota polis di sini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota polis kerana menjadi pejuang negara demi menjaga keamanan dan keselamatan negara Malaysia,” katanya.
-ZS-