Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga PDRM Diseru Kekang Penularan COVID-19 Semasa Endemik

By 25 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Warga polis dan masyarakat Labuan diseru untuk terus bersama-sama mengekang penularan virus COVID-19 semasa fasa endemik.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supt. Ahmad Jawila berkata, seluruh warga polis dan masyarakat Labuan  perlu bersama-sama berganding bahu dalam memastikan jangkitan virus COVID-19 tidak menular dalam kalangan kita mahupun ahli keluarga yang tersayang.

“Kesannya amat mendalam kepada kita seluruh umat manusia di muka bumi tercinta ini berdepan  dengan penyakit sehingga mengakibatkan ada di antaranya kehilangan orang yang tersayang,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun, di sini pagi tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua jabatan kerajaan serta agensi-agensi  swasta yang sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak polis terutamanya dalam aktiviti pencegahan jenayah serta perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda