Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perbarisan Penuh Formasi Serentak di Tujuh Lokasi

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim/Anas Amierul Azhar (Sabah)

PUTATAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Perbarisan penuh formasi berlangsung serentak di tujuh lokasi seluruh Sabah sempena Sambutan Hari Tentera Darat (HTD) ke-89.

Seramai 11 Pegawai dan 112 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada pasukan dibawah naungan 5 Divisyen, Tentera Darat Kem Lok Kawi terlibat bagi acara di Padang Kawad Rejimen ke-6 Artileri Diraja.

Panglima 5 Briged iaitu Brigedier Jeneral Saiful Bahari bin Zainol berkata, perbarisan itu merupakan acara tahunan namun julung kali diadakan serentak seperti tahun ini.

Bertemakan “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”, Sambutan dimulakan dengan acara perbarisan pelbagai formasi sebagai kesinambungan kepada tradisi dan rejimental ketenteraan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda