Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

117 Graduan KV Beaufort Terima Diploma

By 3 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Deonalissa Jekee Edin (Sabah)

BEAUFORT, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Beaufort Kali Ke-6 menyaksikan seramai 117 graduan menerima diploma masing-masing.

Jumlah itu merupakan graduan daripada tujuh program yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara serta Diploma Teknologi Automotif.

Penyerahan skrol diploma disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur & Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Farzi Ahmad mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Beaufort, Abd. Hafidz Pg. Adnan dan Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah Adil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda