Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Wanita Tunjang Pembentukan, Pembangunan Keluarga Bahagia

By 19 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim/Akhmal (Sabah)

PUTATAN 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kebahagiaan sebenar sesebuah institusi kekeluargaan dipengaruhi oleh kehebatan dan ketenangan jiwa wanita.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais berkata, sifat lemah-lembut, penyayang dan mudah bertolak ansur dalam banyak perkara menjadikan kaum wanita pelengkap kepada pembentukan dan pembangunan keluarga serta masyarakat keseluruhannya.

Norjeli berkata demikian dalam program ceramah anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Divisyen Kelima Infantri Malaysia dengan kerjasama JAKIM bertempat di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi.

Seramai 100 peserta dalam kalangan ahli BAKAT DARAT di bawah naungan Lima Divisyen, Ahli-ahli BAKAT Laut dari Pemerintahan Armada Timur, Ahli-ahli BAKAT Udara Markas Wilayah Udara 2 dan Ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menghadiri sesi berkongsian maklumat dan ceramah tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda