Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Jelajah Sungai Denai Pulihara Ekosistem Semula Jadi

By 19 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Afikah Rusly (Larut Matang Selama)

TRONG, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya menjaga Alam Sekitar dan Ekosistem semula jadi, Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Denai Sungai Negeri Perak di Dun Trong, Perak di sini hari ini.

Sebanyak 2500 ekor anak ikan Lampam yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak dilepaskan di Sungai Pecah Batu, Trong, yang mana anak ikan tersebut diharapkan mampu mengimbangi populasi ikan di sungai tersebut selain mampu memastikan ekosistem dipelihara.

Turut diadakan aktiviti gotong royong dan penyerahan anak pokok Kelapa yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak kepada wakil jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda