Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Shaharuddin Daud@Abu Hassan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Dalam situasi Malaysia yang akan memasuki era endemik, pihak Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama Al-Basith Negeri Sembilan telah menyumbangkan makanan kepada 100 orang di Luak Inas, Johol baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid, pihak Yayasan amat berbesar hati dapat membantu masyarakat terutamanya di Luak Inas ini.
Dalam situasi kenaikan harga barang dan suasana endemik ini, sedikit sebanyak sumbangan makanan ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
-ZS-