Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

328 Anak Tangga Rainbow Walk Tarik Pengunjung Beriadah

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Pulau Pinang)

BUKIT MERTAJAM, 22 April (Malaysiaaktif) – Bagi peminat sukan mendaki pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba pengalaman mendaki bukit di Kampung Besar, Berapit.

Kawasan merupakan sebuah kebun durian tetapi telah diberi nafas baharu untuk menarik pengunjung.

Apa yang menarik di sini ialah landskap cantik yang disediakan oleh pemilik dan semestinya akan menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar.

Binaan 328 anak tangga yang berwarna-warni untuk sampai ke puncak sememangnya merupakan tarikan yang terbukti mampu menarik minat pengunjung.

Setiap orang yang mendaki di sini tidak akan melepaskan peluang untuk mengabadikan foto kenangan di anak tangga ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Di puncak bukit pula turut dipamerkan 12 binaan patung zodiak Cina selain pengunjung dijamu dengan pemandangan yang sangat indah.

Menurut pemilik, Patrick, kawasan tanah kebun sekitar tiga ekar ini telah diusahakan bapanya dengan menanam durian lebih dari 20 tahun.

“Pada musim durian, pengunjung boleh membeli terus durian di kebun ini dan terdapat pelbagai jenis durian,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda