Laporan/foto: Azrul Azham/Shahrossalleh Md Razali (Pahang)
JERANTUT, 4 April (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jerantut telah melaksanakan program Sukses Matang Aktif Tanggungjawab Rasional (SMART) dengan kolaborasi bersama Pejabat Penerangan dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut bertempat di GiatMara Jerantut baru-baru ini.
Menurut Pegawai Antidadah Jerantut, program ini bertujuan bagi memperkasa golongan belia supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan substan serta isu pelencongan sosial.
“Selain itu, pengukuhan jati diri dan semangat cintakan negara juga dapat dipupuk dalam kalangan peserta,” ujarnya lagi.
Program berbentuk perkongsian dan ceramah telah diadakan oleh Pejabat Penerangan dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut dan peserta juga dilibatkan dalam aktiviti fizikal dengan acara pendakian Bukit Seladang di Jerantut.
-ZS-