Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Men-KOMM Sembang Santai Makan Colek Kelantan

By 21 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zailani Othman (Ipoh)

IPOH, 20 April (Malaysiaaktif) – Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Men-KOMM) Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, turun padang bagi sembang santai bersama masyarakat setempat sambil menikmati makanan colek Kelantan di sini semalam.

Beliau meluangkan masa lebih kurang 50 minit di gerai Poksey, Taman Chempaka untuk beramah mesra disamping berkongsi maklumat berkaitan bahana berita palsu serta kepentingan talian internet kepada pengunjung.

Menurut pelanggan gerai, Rizani Rabat, 54, “saya berasa gembira dapat bertemu dan bersembang secara santai dengan pemimpin negara disamping berterima kasih kepada Annuar Musa yang prihatin bertanyakan isu-isu setempat yang berlaku di sini.”

-ZS-

Tinggalkan komen anda