Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 20 April (Malaysiaaktif) – Surau dan masjid di negari ini kembali diimarahkan dengan sambutan Nuzul Al-Quran selepas kerajaan mengumumkan peralihan fasa endemik bermula 1 April yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim berkata Nuzul al-Quran adalah sebuah peristiwa yang amat agung dan sangat penting dalam ajaran Islam.
“Usaha kerajaan negeri sentiasa konsisten agar al-Quran al-Kareem dijadikan panduan dalam kehidupan pemimpin dan rakyat.”
“Moga suatu hari nanti, usaha-usaha yang dirintis dalam memupuk kesedaran tentang penghayatan al-Quran akan dapat dirasai dalam denyut nadi rakyat,” katanya ketika merasmikan program sambutan Nuzul al-Quran peringkat Daerah Kuala Nerus, di Masjid Bukit Cempaka, Batu Rakit, di sini semalam.
-ZS-