
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)
KUALA PERLIS, 2 April (Malaysiaaktif) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1443H/2022M pada petang semalam bertempat di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Dalam majlis tersebut juga, Raja Muda Perlis telah bertitah berkenaan penetapan kadar fidyah adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan dikekalkan mengikut harga beras yang lazimnya diguna oleh masyarakat tempatan iaitu RM7.
Penetapan kadar itu, adalah selaras dengan dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Umat Islam juga boleh membayar zakat dengan beras iaitu dengan kadar satu gantang Nabawi bagi setiap sorang bersamaan dengan 2.6 kilogram.
Program tersebut adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Kerajaan Negeri Perlis.
-ZS-