Laporan/foto: Noor Adha Hashim/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)
MELAKA, 1 April (Malaysiaaktif) – Bumi Kita, Kesihatan Kita merupakan tema Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 7 April seluruh dunia untuk kesedaran kesihatan Global. Hospital Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia bagi sama-sama menyokong kepada pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, tema sambutan pada tahun ini menekankan kepada kepentingan menjaga bumi kita dalam mencapai tahap kesihatan yang optima.
“Saya menyeru kepada semua pihak supaya menjaga alam sekitar dan kesihatan diri sepanjang hayat kerana masyarakat sentiasa terdedah kepada risiko mendapat pelbagai penyakit.
Katanya lagi, Blok Wanita dan Kanak-kanak Hospital Melaka dijangka siap pada tahun 2026, saya juga telah mencadangkan kepada Menteri Kesihatan untuk pembinaan sebuah lagi hospital di Melaka bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di negeri ini,” ujar Akmal.
-ZS-