Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hari Kesedaran Autisme Tingkat Kesedaran Masyarakat

By 2 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/PDK Sik (Sik)

SIK, 2 April (Malaysiaaktif) – Hari Kesedaran Autisme Sedunia telah diiktiraf pada 2 April setiap tahun, sambutan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami Autisme.

Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Menurut Penyelia Pertubuhan Dalam Komuniti (PDK) Sik, Syarifah Mohd Daud, individu yang mengalami autisme menghadapi kesukaran bersosial dan berinteraksi, sukar untuk fokus serta hyperactive.

“Stigma dan persepsi masyarakat terhadap golongan autisme perlu diubah agar mereka tidak lagi merasa takut untuk mendampingi atau bersama golongan ini, sebarkan kasih sayang serta tingkatkan kesedaran kepada pendidikan awal buat kanak-kanak autisme,” jelasnya yang telah bertugas selama hampir 20 tahun bersama PDK Sik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda