Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Yayasan BUDI Beri Sumbangan kepada Masjid dan Surau

By 14 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 14 April (Malaysiaaktif) – Pengerusi Yayasan BUDI YB Tan Sri Dr. Rais Yatim, telah memberikan sumbangan kepada 28 buah masjid dan 55 buah surau pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Dulang, di sini semalam.

Dalam ucapannya beliau menyatakan sumbangan ini adalah untuk mengimarahkan sambutan bulan ramadan pada tahun ini yang mana ianya tidak dapat dilakukan pada tahun sebelumnya.

Yayasan BUDI telah diasaskan oleh Dr. Rais Yatim yang juga merupakan Yang DiPertua Dewan Negara sebagai usaha membantu rakyat dan kerajaan Malaysia dalam pelbagai kegiatan jaringan sukarelawan, menyemarakkan warisan dan budaya, mengutuhkan masyarakat ke arah budaya tinggi dan binaan budi sebagai asas tamadun.

Yang Teramat Mulia, Undang Luak Jelebu Dato’ Mendika Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Arshad turut mencemar kaus ke majlis ini untuk menyampaikan sumbangan serta berbuka puasa bersama-sama rakyat di Luak Jelebu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda