Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Nak Jadi Influencer, Kena Berani dan ‘Gila’

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 22 April (Malaysiaaktif) – Kerjaya sebaga influencer media sosial kini menjadi antara platform yang boleh meraih sumber pendapatan yang lumayan.

Menurut perkongsian oleh influencer Nizam Rahman, program Ihya’ Ramadan Info on Wheels, di sini baru-baru ini pada awal permulaan menceburi bidang ini, kita perlu berani berhadapan dengan orang ramai.

“Hendak menjadi seorang influencer, anda perlu berani seperti melakonkan watak orang gila dalam khalayak ramai,” katanya ketika mengimbas pengalaman sewaktu zaman universitinya.

“Daripada situasi ini kita dapat membina keyakinan dan keberanian untuk berhadapan dengan audien.” katanya.

Program bertemakan “Pengaruh Media Sosial Kepada Golongan Belia” dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Hj Shahnon Mohamad.

Turut hadir Penceramah Bebas Ustaz Muhammad Ridhuan, Pengarah Kolej Komuniti Rembau Merhayati Sipon, Pengarah Kolej Komuniti Selandar dan Tampin serta para pelajar Kolej Komuniti Rembau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda