Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 22 April (Malaysiaaktif) – Masyarakat diingatkan untuk memastikan tahap keselamatan kebakaran terutama di rumah berada di tahap terbaik semasa musim perayaan.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail, pihaknya sentiasa mengadakan program-program kesedaran untuk masyarakat sentiasa berwaspada mengenai keselamatan kebakaran atau bahaya daripada kejadian kebakaran.
Ismaidi turut mengingatkan para pemain industri minyak dan gas yang terlibat dalam penyimpanan bahan kimia untuk memastikan tahap keselamatan kebakaran berada di tahap tertinggi kerana masyarakat sekeliling juga terkesan jika berlaku kejadian kebakaran.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengedarkan apron kepada peniaga Bazar Ramadan, Labuan Walk bersempena Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun 2022, semalam.
-ZS-