Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pemandangan Indah Antara Lokasi Cerapan Anak Bulan Ramadhan di Kedah

By 2 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 1 April (Malaysiaaktif) – Pemandangan Indah, Pulau Langkawi adalah merupakan antara satu lokasi dari 29 lokasi di negeri Kedah yang di jadikan tempat cerapan atau rukyah anak bulan Ramadhan setiap tahun.

Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin menjelaskan kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan “Rukyah” (Cerapan Hilal) dan “Hisap” (Kiraan). “ Kaedah cerapan yang dilakukan ialah setiap 1 minit bermula pada jam 6.30 petang sehingga terbenam matahari” katanya ketika di temui pihak media.

Seramai 21 orang terlibat dalam proses Cerapan Hilal Ramadan 1443H di Pulau Langkawi yang terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah (JUPEM), Pejabat Agama Daerah Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi dan diketuai Jabatan Mufti Negeri Kedah. Seramai lima orang ahli Rukyah yang terdiri daripada Pegawai Agama Daerah , Timbalan Pegawai Agama Daerah , wakil JUPEM dan Hakim Syariah Langkawi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda