Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ramai Gagal Melepasi Pintu Sempadan Darat Wang Kelian-Wang Prachan pada Hari Pertama

By 2 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat (Perlis)

WANG KELIAN, 2 April (Malaysaaktif) – Pintu Sempadan Darat Malaysia bagi kemasukan warga Thailand di Wang Kelian-Wang Prachan telah dibuka mulai jam 8 pagi semalam.

Oleh kerana ramai pengembara dari Thailand yang tidak mematuhi SOP Kerajaan Malaysia, seperti tidak muat turun sistem MySejahtera, laporan ujian RT-PCR COVID-19 dan tiada perlindungan insurans bagi COVID-19 dan pengembaraan yang menyebabkan ramai di arah berpatah balik.

Tinjauan Jabatan Penerangan Negeri Perlis sehingga jam 1.30 tengah hari, mendapati hanya seramai 12 warga Thailand yang berjaya melepasi pintu sempadan Malaysia setelah mempunyai dokumen yang lengkap dengan semakan oleh Jabatan Imigresen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda