Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pembukaan Sempadan Singapura-Malaysia

By 2 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 April (Malaysiaaktif) – Detik jam 12 tengah malam menjadi satu peristiwa bersejarah untuk Johor dan Malaysia apabila sempadan Malaysia-Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dibuka sepenuhnya selepas dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19.

Bangsa Johor dan rakyat Malaysia yang terkandas hampir dua tahun di Singapura, pada masa yang sama sangat terharu dan gembira serta memberikan sorakan mereka kerana dapat pulang semula ke tanah air.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negara berkuatkuasa 1 April bagi memberikan peluang kepada rakyat Keluarga Malaysia yang telah lama terkandas di luar negara untuk pulang semula bertemu ahli keluarga tercinta dan merancakan semula sektor pelancongan negara selepas Malaysia mula memasuki fasa endemik pada 1 April 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda