Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penerbangan Sulung Antarabangsa ke Pulau Langkawi Disambut Meriah

By 2 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 1 April (Malaysiaaktif) – Penerbangan pesawat jenis Boeing 737-800 milik syarikat Scoot Air menjadi pesawat pertama membawa pelancong seramai 75 orang dari Singapura ke Langkawi sejurus pembukaan semula sempadan negara secara rasmi hari ini.

Sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, sempadan negara akan dibuka kepada pelancong setelah negara melangkah ke fasa Endemik pada 1 April 2022.

Ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 5.20 petang disambut dengan pancuran air oleh jentera Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan para penumpang pula, disambut dengan paluan gendang daripada Persatuan Kebudayaan Makam Mahsuri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nassaruddin Abdul Muttalib berkata Langkawi menyasarkan ketibaan seramai 2.2 juta orang pelancong dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM3.2 juta billion pada tahun ini.

“Pelbagai acara berimpak tinggi telah dirancang bagi merancakkan kembali aktiviti pelancongan pulau ini seperti IRONMAN Malaysia Langkawi, Le Tour de Langkawi ,Langkawi International Beach Soccer dan ASEAN International Course on UNESCO Geopark,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda