Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PERKESO Sebarluas Manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Andi Abdul Rohim (Perak)

PANTAI REMIS, 12 April (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turun padang memberikan taklimat berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memberi manfaat perlindungan kepada golongan bekerja sendiri dalam program Taklimat Isu Semasa anjuran Jabatan Penerangan Malaysia baru-baru ini.

Skim yang bersubsidi seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 ini dibiayai oleh kerajaan sebanyak 80% dan pencarum hanya perlu mencarum sebanyak RM46.60 setahun di bawah Pelan Dua (RM232.80) untuk perlindungan selama setahun dengan pelbagai manfaat seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal dan lain-lain lagi kepada yang mereka layak.

Dalam ucapan perasmian program, YB Senator Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad, menyatakan bahawa “program ini sangat baik serta memberi bermanfaat dan diharap ianya dapat dilaksanakan dengan pelbagai lapisan masyarakat Keluarga Malaysia.”

Selain itu, pihak Perkeso turut meyampaikan taklimat berkaitan faedah Perkeso sekiranya berlaku kemalangan ketika pergi atau pulang daripada bekerja mengikut syarat yang ditetapkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda